速報APP / 教育 / Bestari Karangkraf AR

Bestari Karangkraf AR

價格:免費

更新日期:2019-03-06

檔案大小:148.1 MB

目前版本:1.08

版本需求:需要 iOS 7.0 或以上版本。與 iPhone、iPad 及 iPod touch 相容。

支援語言:英語

Bestari Karangkraf AR(圖1)-速報App

Aplikasi ini dibangunkan bagi menyampaikan maklumat tambahan yang tidak dimuatkan dalam buku teks bagi memantapkan pemahaman tentang bahan yang terkandung dalam buku teks. Penggunaan aplikasi ini dapat membantu menjadikan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab lebih menarik dan berkesan. Aplikasi ini juga dapat membantu para guru memandu pengajaran dan pembelajaran secara berindividu dan berkumpulan, dan menjadikan pembelajaran bahasa Arab sesuatu yang menyeronokkan!

Bestari Karangkraf AR(圖2)-速報App

Perkukuhkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab anda menerusi aplikasi interaktif yang menarik ini. Aplikasi ini dibangunkan khusus untuk membantu para pelajar, guru mahupun orang awam untuk mendalami bahan yang dimuatkan dalam buku teks Bahasa Arab Tingkatan 3 KSSM. Mengandungi komponen animasi, audio dan visual interaktif, aplikasi ini bukan sahaja membantu para pelajar mempelajari perbendaharaan kata bahasa Arab, memahami intonasi dan sebutan, malah juga memupuk sikap kerja berpasukan melalui permainan interaktifnya. Penggunaan dimensi 2D dan 3D serta warna-warna menarik diyakini dapat menarik minat pengguna untuk memanfaatkan aplikasi ini dalam pembelajaran mereka.

Bestari Karangkraf AR(圖3)-速報App

Kesemua bahan dalam aplikasi ini disusun berdasarkan DSKP Bahasa Arab Tingkatan 3 KSSM. Metod belajar melalui permainan bukan sahaja suatu kaedah yang menarik dan menyeronokkan, tetapi juga dapat memupuk sifat bertoleransi, bekerjasama dan semangat berpasukan sepertimana yang ingin diterap dalam Falsafah Pendidikan Negara bagi pembangunan modal insan secara holistik. Kaedah ini juga menekankan penerapan pelbagai nilai murni lain yang ingin dipupuk, seperti menyemarakkan semangat patriotisme melalui penggunaan ikon-ikon kebanggaan negara dalam visualnya.

Bestari Karangkraf AR(圖4)-速報App

Pelajar bukan sahaja didedahkan dengan perbendaharaan kata bahasa Arab yang perlu dipelajari dan dapat mendengar intonasi dan sebutan yang betul melalui ciri-ciri audio, malah pencarian maklumat dan pemanduan berarah adalah anatara kemahiran merentas kurikulum yang cuba diserapkan dalam komponen pembelajaran bahasa Arab. Aplikasi yang dibangunkan ini juga akan memandu pelajar untuk menggunakan sepenuh daya kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung mereka belajar menggunakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pembelajaran. Penggunaan aplikasi ini akan memantapkan pembelajaran melalui buku teks bagi tujuan mencapai objektif pembelajaran.

支援平台:iPhone, iPad